peminat setia

Wednesday, June 23, 2010

R.O.S

ros ros ros....roslina???rosli??rossa??rossa ayat2 cinta kaaa???hahahahahah..jangan terkeliru dik non oooooiii..hahahahha..ros yang aq maksudkan ialah RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS)........x de kna mengena ngan nama orang yg still idup atau pun dah INALLILLAH...............

apa dia ROS tuh???natang pa tuhhh??haaaaaaaaaaaa..meh nak ghoyak kat demo..

Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) adalah satu program yang memberi peluang kepada bakal guru memahami sekolah sebagai satu intitusi pendidikan dan mengetahui peranan-peranan guru di dalam bilik darjah. Program ini merupakan pendedahan awal bagi bakal guru kepada alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Setiap guru pelatih akan memahami tingkah laku pelajar, pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran menerusi pemerhatian interaksi dan refleksi. Program ROS ini terbentuk berasaskan pendekatan perkembangan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan bakal guru yang cemerlang

secara ringkasnye beb, ros ni berkenaan observation sorang guru pelatih kat skolah die pilih...ros di jalankan slama 2 minggu..kena laa kumpul pelbagai maklumat tentang skolah tuhh..dan akhirnye di kumpul dalam satu laporan...

huhhhhhhhhhhhhhhhhhh......

21/06/2010 - 02/07/2010 adalh tarikh tuk aku wat ROS kat skolah pilihan aku...dan pemenangnyerrr adalah jatuh kepadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...SMK BAKTI!!!!!....SMK BAKTI tawwwww bukan SEKOLAH TUNAS BAKTI (tuk dak2 nakal)...hahaha..actualy, ni skolah yang telah banyak memberikan sumbangn kepada pmbentukan jati diri aku sebagai sorang pelajar...aku skolah kat sini dari form 1 sampai form 5..lepas tuh aku blah p KMPP (KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG)...huhuhu...then dihalau plak ke UPSI (UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS) kalu omputihnyerrrr, SULTAN IDRIS EDUCATION UNIVERSITY, TANJUNG MALIM, PERAK....aku diberi course SAINS KIMIA...huuuuuhhhh...sains tu beb...bagi aku susahhh bebeno dan jiwa aku bukan tuk sainssss...jiwa aku hanya tuk SENI!!!!aku nak jadik senimannnnnnnn...papehal pun skang aku dah sem 6, dan skang aku ngah menjalani projek ROS kat SMK BAKTI....spatutnya, aku wat ros masa sem 4 g...tapi fakulti sains & math batalkan la plakkk...ntah, sebab musababnyer pun aku x tawww...berbalik pada persoalan ROS nihhhh...brikut adalah serba sedikit maklumat ttg SMK BAKTI....


Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti
Alamat Sekolah : Jalan Kubang Menerong,
13300 Tasek Gelugor
Seberang Perai Utara
Pulau Pinang
Nombor Telefon : +6045731080
Nombor Faks : +6045734758



Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti merupakan sekolah gred A (status luar Bandar-bantuan kerajaan penuh). Kod sekolah ialah PEE2056.


LOGO SMK BAKTI




LAGU SEKOLAH

No comments:

Post a Comment