peminat setia

Tuesday, October 12, 2010

SELAMAT MALAM......

hampir 2 tahun dahulu, aku diberi kepercayaan untuk menyertai PERTANDINGAN TARIAN KUDA KEPANG (FESPANG) MAKUM @ USM..dalam bulan 3 cam tu r...di situ lah bermulanya perkenalan kami sebagai seorang teman seperjuangan dalam pertandingan ini...bermula dengan latihan bersama di bilik tari HEP, UPSI, beliau sememangnya mempunyai karekter yang disenangi ramai..klaka orangnyer..bila ade waktu rehat selepas berlatih tarian ini..die lah orang nyer yang wat aku ngan member2 lain ketawa...hairan pun ade, "x letih ke die nih"...lepas berlatih, beliau stil boleh wat aktiviti lain....hahahahahaha...

lebih kurang seminggu kami berlatih, penat lelah bersama, tibalah masa untuk kami bertolak ke USM, bagi menyertai FESPANG...excited...dalam bas, sume x senang duduk, bising sana bising sini...klaka x kering gusi dok gelak...dipertengahan jalan area hiway PLUS )area perak rasanyer, beliau menuju ke tempat pemandu koster UPSI, beliau duduk sembang dengan pemandu kerana pemandu ini kelihatan mengantuk, bagi mengelak perkara tak diingini berlaku, beliau bertindak...biasalah, ditengahhari, di tambah belum amik lunch lagi, memang boleh wat mata ni nak tido...

lebih kurang 5 jam perjalanan, tiba di USM, kami abiskan masa bersama..training lagi dan lagi...amik spacing...tension...mcam2 lahhh...tiba malam pertandingan, petang tuh, sume bersiap2..makeup n pakai busana jawa..kami di makeup oleh ENCIK ZUL (artis budaya UPSI)..dalam banyak2 teman setarian ini, beliau merupakan seorang yang cool..tapi, sebelum tuh, ketika di bilik mandi, kami ada bersembang n bergosip skit pasal teman2 lain...pasal aper??biarlah rahsia aku sampai bila2...beliau sudi pinjamkan sabun mandi pada saya...TERIMA KASIH BRO...bertubuh tinggi dan kurus, menampakkan beliau lain dari yang lain...hahaha..disebabkan teman2 lain sumenyer x setinggi die...ketika membuat persembahan di DEWAN BUDAYA, USM...beliau stil nampak cool. sedangkan aku nih...dah berpeluh2!!!...hahaha..1st experience..huhuhu...selesai pertandingan, ALHAMDULILLAH, juri sebulat suara memilih kumpulan kami dari UPSI sebagai naib juara...tahniahhhhh....lepas kembali ke tempat penginapan kami, kami kuar lewat malam di sekitar USM, nak carik makan!!!!laparrrrrrrrrrrr.....beliau pun menyertai kami, lebih kurang 6 orang yang kuar tyme tuh...sembang sembang n sembang...esok tuh, kami pulang ke tanjung malim dengan bangga kerana berjaya mengharumkan UPSI...

lepas kembalinya ke UPSI, aku dah jarang dah jumpa beliau, mungkin sama2 bz kot sebab esemen masing2...las jumpa akhir tahun lepas..tyme tuh die jadik juru tacap untuk model2 untuk fashion show...ketika kami dari MIGDANSI, KUMPULAN KEBUDAYAAN KOLEJ KEDIAMAN ZA'BA, menari, beliau sempat jeling..abis show..die komen, aku nari PECAH LUBANG katanya n TINGTONG....hahaha...sememangnya beliau berbakat dalam bidang seni, that's y beliau amik PENDIDIKAN SENI...pandai menatarias....jeles betul aku beliau dikurniakan anugerah cam tuh....hehehe

awal tahun ini beliau telah menjalani praktikal di sekolah, jadi memang lah kami x dapat jumpa lagi...sehinggalah sekarang...............

TRAGEDI 10.10.10 telah meragut nyawa beliau apabila beliau terlibat dalam kemalangan di hiway PLUS, area SIMPANG AMPAT, PEDAS, NEGERI SEMBILAN....beliau sepatutnya kembali ke UPSI, bagi menghadiri majlis knvokesyen untuk meraikan kejayaan beliau menamatkan pengajian di sini...aku pun x sabar nak jumpa beliau kat sini..excited...tapi apakan daya, ternyata ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang akan berlaku.....menangis menangis n terus menangis bila mengenangkan kenangan bersama die...walaupun pertemuan kami x panjang, tetapi arwah tetap dalam ingatan aku, dan kawan2 arwah...............

SELAMAT MALAM SAHABATKU, NORAZMI BIN ABDUL KARIM, 24

3 comments:

  1. kamu terpilih kerna DIA lebih menyayangi kamu...adit tetap kenang kamu dalam hati dan doa ikhlas buat kamu...

    ReplyDelete